Tuesday 11 December 2012

PENTAKSIRAN STANDARD DAN PRESTASI KSSR


Matlamat Kurikulum

Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

OBJEKTIF KURIKULUM

Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi matapelajaran Matematik membolehkan murid:

1.         Memahami dan mengaplikasikan konsep dan kemahiran Matematik dalam pelbagai konteks.
2.                Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik.
3.         Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea Matematik diantara bidang Matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.
4.                  Berkomunikasi menggunakan idea Matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul.
5.       Menggunakan pengetahuan dan kemahiran Matematik untuk diaplikasikan dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.
6.       Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara Matematik dalam kehidupan seharian.
7.   Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea Matematik dan perkaitannya.
8.                  Menghargai dan menghayati keindahan Matematik
9.      Menggunakan pelbagai peralatan Matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasikan Matematik









No comments:

Post a Comment