Sunday 9 December 2012

NAK TAU?


Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri.
Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak ‘akademik’ seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisis dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Image
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana? Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk mengkhayalkan pelajaran atau adakah ia selalu digunakan untuk mengkhayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segera gunakan setiap saat yang ada untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlukan penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasana berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap dan keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, rajah, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan, tulis atau lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan jari telunjuk anda. Amalkan ini setiap malam. Soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6.
Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sihat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang. SELAMAT MENCUBA



No comments:

Post a Comment