Tuesday 4 December 2012

GRAF (SEMUA SUBJEK) DAN ANALISIS PENCAPAIAN UPSR 2012 (SUBJEK MATEMATIK)


ANALISIS KEPUTUSAN UPSR 2012 SK PT RAJA
(MATEMATIK)



Gred
A
B
C
Bil Lulus
(A+B+C)
D
E
Bil Gagal
(D+E)
Bil Calon
35
26
49
110
6
4
10
Peratus (%)
29.2
21.7
40.8
91.7
5
3.3
8.3



1.       PRESTASI KESELURUHAN
         
Secara keseluruhannya prestasi calon pada tahun ini menunjukkan sedikit penurunan dari kadar peratusan kelulusan berbanding pada tahun lepas (penurunan sebanyak 0.7%).  Lebih 50% daripada keseluruhan calon dapat melepasi tahap lulus atau gred A, B dan C dengan peratusan lulus keseluruhan untuk subjek ini adalah 91.7%.

2.       PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON

Calon Dalam Kumpulan Tinggi

Bilangan calon yang memperolehi A dalam subjek ini adalah seramai 35 orang dengan mewakili peratusan sebanyak 29.2% (peningkatan sebanyak 1.5% daripada tahun lepas). Calon yang memperolehi A ini adalah merupakan calon yang disasarkan untuk memperolehi A dalam subjek ini kerana menunjukkan pencapaian yang ‘konsisten’ sepanjang proses  pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Calon Dalam Kumpulan Sederhana

Calon dalam kumpulan ini mewakili peratusan kelulusan yang besar dalam subjek ini iaitu gred B (21.7%) dan  gred C (40.8%). Kebanyakan calon yang memperolehi sekurang-kurangnya gred C adalah daripada kelas yang lemah iaitu 6 Zamrud, 6 Delima dan 6 Berlian dan hanya sebahagian daripada kelas yang baik iaitu kelas 6 Intan. Pencapaian ini ditunjukkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dengan hanya menguasai sebahagian sahaja kemahiran-kemahiran asas Matematik terutamanya dalam tajuk Pecahan dan Peratus.



Calon Dalam Kumpulan Rendah

Calon dalam kumpulan ini  mendominasi peratusan yang minima iaitu sebanyak 8.3% iaitu seramai 6 orang (gred D) dan 4 orang (gred E). Ini adalah kerana masih ada calon-calon yang masih belum menguasai sepenuhnya penguasaan 3M.Calon-calon yang lain pula hanya menguasai sebahagian sahaja daripada kemahiran-kemahiran asas Matematik dan merupakan salah satu faktor mereka kurang berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran subjek ini di dalam kelas.

No comments:

Post a Comment