Friday 14 December 2012

IQ TEST



1. Apa tanda atau simbol matematik yang sesuai diletakkan di antara no 6 dan 9 supaya jawapan yang terhasil lebih besar daripada 6 dan lebih kecil daripada 9?

2. Susun nombor 1 hingga 8 dimana setiap no bersebelahan tidak boleh diletakkan secara bersebelahan sama ada melintang , menegak atau serong.


3. Di dalam rajah di bawah terdapat batang-batang kayu yang dibentuk menjadi 5 segiempat sama, 4 yang bersaiz kecil dan 1 yang bersaiz besar. Dengan menggunakan kreativiti anda pindahkan dua batang kayu supaya membentuk 7 segiempat sama.Selamat mencuba.



4. Dalam sebuah kebun ada 2 batang pokok (pokok A dan pokok B). Terdapat beberapa ekor burung yang tinggal di setiap pokok tersebut.

Burung dari pokok A berkata kepada burung pokok B: sekiranya seekor burung dari pokok B datang ke pokok A, maka jumlah burung yang terdapat di pokok A akan 2 kali ganda daripada pokok B

Burung dari pokok B berkata kepada burung pokok A: sekiranya seekor burung dari pokok A datang ke pokok B, maka jumlah burung yang terdapat di pokok B akan sama dengan jumlah burung yang ada di pokok A.

Berapa jumlah sebenar burung yang terdapaat di pokok A dan B?

Selamat mencuba...

SANTAI SEKEJAP


MENEKA TARIK LAHIR

Ikut langkah di bawah untuk meneka tarikh dan bulan rakan anda lahir di samping memantapkan kemahiran mengira dan mencongak.

1) Minta rakan tulis bulan lahir cth:- bulan 2 (no 2 )
2) Darabkan bulan tersebut dengan 5 ( 2 x 5 = 10 )
3) Tambahkan jawapan dengan 6 ( 10 + 6 = 16 )
4) Darabkan jawapan dengan 4 ( 16 x 4 = 64 )
5) Tambah jawapan dengan 9 ( 64 + 9 = 73 )
6) Darab jawapan dengan 5 ( 73 x 5 = 365 )
7) Tambah jawapan dengan hari lahir, cth 5 ( 365 + 5 = 370 )
8) Akhir sekali jawapan ditolak dengan 165 ( 370 - 165 = 205 )

Maka tarikh lahir rakan anda 2 = bulan 2 dan 05 = hari ke-5, iaitu lahir pada 5 haribulan 2 (Feb



MENEKA NOMBOR TELEFON

 • Masukkan 3 nombor 1st contact anda (bukan 012, 016 @ 019 ya) ke kalkulator.
• Darab dengan 80
• Tambah 1
• Darab dengan 250
• Campurkan 4 nombor last contact anda
• Sekali lagi campurkan 4 nombor terakhir tadi
• Tolak 250
• Bahagi dengan 2 cuba tengok kalkulator, betul x yang tertera tu adalah nombor contact anda?

Thursday 13 December 2012

RAHSIA OTAK YANG MENAKJUBKAN



Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

APAKAH MATEMATIK DAN KENAPA PERLU BELAJAR MATEMATIK?


Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor. Nombor yang memberi nilai. Matematik menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini. Matematik juga boleh menerangkan fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian malam dan siang. Dalam memahami kejadian ini, para saintis menggunakan ilmu astronomi yang mana ilmu ini memerlukan matematik sebagai asas yang utama. Begitu juga kejadian pasang surut air, gerhana matahari, ribut taufan , banjir, semuanya menggunakan matematik untuk menerangkannya.

Cuba bayangkan hidup kita tanpa matematik. Kita tidak tahu apa itu matematik.Tidak tahu nombor, sukatan, dan berbagai-bagai lagi istilah matematik yang lain. Kita juga tidak tahu apa itu tolak, tambah, bahagi dan darab. Hidup kita seumpama manusia zaman purba yang tidak tahu menilai sesuatu benda.

Alangkah huru-haranya kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia ini kita tidak dapat lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu. Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera, senibina, perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu.

Menyedari betapa pentingnya ilmu matematik maka perlulah kita menanamkan minat yang sewajarnya kepada matematik. Selain untuk diaplikasikan dalam kehidupan matematik juga merupakan satu senanam untuk minda kita supaya kita tidak jumud dan beku untuk berfikir. Syukur kerana Allah telah mengkurniakan kita akal fikiran yang amat sesuai sekali untuk kita gunakan bagi mempelajari ilmu matematik.

Ilmu matematik adalah berkaitan dengan minda manusia. Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan berguna kepada dunia adalah mereka yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac Newton. Oleh sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi pemikiran manusia iaitu matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan minda manusia.

Orang yang mudah menguasai matematik biasanya seorang yang kreatif. Mereka berupaya menyelesaikan matematik yang susah dan mengelirukan berdasarkan pengetahuan dan kreativiti mereka. Boleh dikatakan matematik ialah satu seni yang diterbitkan daripada kreativiti, imaginasi seseorang hinggalah ia berkembang menjadi satu ilmu yang sangat berguna kepada manusia hingga ke zaman moden ini.

Betapa pentingnya matematik itu boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Kita guna matematik untuk membuat keputusan dan banyak perkara. Contohnya dalam membuat belanjawan. Kita akan memerlukan kemahiran dalam kira-kira asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kita perlu mengira berapa banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan operasi tolak dan mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan kita.

Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas daripada membuat sukatan. Sukatan merupakan salah satu daripada cabang matematik. Terma-terma seperti meter, liter, persegi, kaki dan padu perlu dikuasai dengan berkesan. Barulah kita dapat melakukan sukatan dengan betul. Kita juga menggunakan sukatan untuk menyukat makanan, melaksanakan jual-beli dan menentukan isipadu barangan di kilang-kilang.

Kejuruteraan merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting dewasa ini. Ia merupakan tunjak utama bidang perindustrian. Ia menjadi asas penghasilan teknologi baru dalam kehidupan kita. Jurutaralah yang mencipta alatan keperluan di rumah kita seperti mesin basuh, televisyen, radio, komputer, dan sebagainya. Untuk mencipta alatan seperti peti sejuk yang kita gunakan sekarang bukanlah sesuatu yang senang. Ia memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang kejuruteraan. Manakala bidang kejuruteraan pula memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu fizik iaitu salah satu sub bidang ilmu sains yang sangat penting dalam kejuruteraan. Sebagaimana yang kita tahu ilmu fizik merupakan satu ilmu yang sangat memerlukan asas matematik yang kukuh. Perkembangan ilmu fizik adalah selari dengan ilmu matematik.Matematikyang menjadi tunjak utama dalam fizik. Ilmu fizik mengaplikasikan matematik peringkat tinggi yang memerlukan penguasaan yang kukuh dan jitu.

Contoh penggunaan matematik dalam kejuruteraan ialah penggunaan sudut dan trigonometri untuk mencipta suatu alatan, penggunaan pembezaan dan pengamiran dalam mengukur kelajuan cahaya dan elektrik. Begitu untuk mengukur amaun elektrik yang diperlukan untuk menjanakan sesustu alatan elektrik.

Bidang kedoktoran juga memerlukan matemetik. Sukatan dos ubat untuk sesuatu penyakit dikira dengan teliti mengunakan formula matematik. Sewaktu pembedahan ukuran untuk lakukan bedahan adalah dikira dengan teliti dengan menngunakan matematik.

Dalam bidang sains seperti kimia dan biologi juga memerlukan matematik. Dalam kimia matematik digunakan untuk mengira bilangan molekul dan unsur dalam sesuatu sebatian. Untuk mengira nombor jisim dan isotop juga memerlukan formula matematik.

Statistik juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Statistik digunakan untuk menyajikan data yang dikumpul daripada manusia supaya manusia dapat faham dan guna untuk buat keputusan dalam beberapa perkara yang penting dalam kehidupan kita. Statistik adalah sebahagian daripada matematik. Bidang ini menumpukan kepada pengiraan nilai-nilai unik dalam matematik seperti min, median dan mod untuk menggambarkan ciri-ciri sesuatu sampel atau populasi.

Matematik juga penting dalam perniagaan dan ekonomi. Matematik digunakan untuk menentukan untung, berapa keluaran yang perlu dikeluarkan, titik pulang modal, harga dan kuantiti keseimbangan dalam perniagaan dan ekonomi.

DOA BELAJAR


PECAHAN - Menukar pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur dan sebaliknya

Untuk menukarkan pecahan, cara yang mudah untuk di lakukan ialah mengikut langkah-langkah yang diberi. Menukarkan pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur. Langkah-langkahnya adalah seperti di bawah.



Menukarkan pecahan bercampur kepada pecahan tidak wajar. Hanya ikuti langkah-langkah yang diberi



Wednesday 12 December 2012

PECAHAN





PERATUS


Peratus?? Apakah itu peratus? Pernahkah adik-adik terfikir akan kewujudan konsep peratusan dalam kehidupan harian kita?? Peratusan digunakan dalam setiap kehidupan seharian tanpa kita menyedarinya. Oleh itu, kami akan menghuraikan pengunaan konsep peratusan pada kali ini.... 


Peratus bermaksud menunjukkan nombor kepada pecahan dalam 100 dan selalu digunakan bersama simbol peratus (%). 


Peratusan digunakan dalam menunjukkan berapa besar atau kecil satu kuantiti dimana berkaitan dengan kuantiti yang lain.

Peratus adalah pecahan yang penyebut (bahagian bawah) adalah 100. 


Jadi, jika kita katakan 50%, kita maksudkan 50/100 = 1 / 2 (selepas membatalkan). 
    --->Jadi 50% ertinya ½.

Jika mahu mencari 10% sesuatu, '' hanya bermaksud 'kali'. 

     ---> Jadi 10% dari 150 = 10 / 100 × 150 = 15.


Jika anda perlu untuk menjadikan peratusan ke dalam perpuluhan, hanya dibahagikan dengan 100. 

     --->Sebagai contoh, 25% = 25/100 = 0.25

Untuk menukar perpuluhan ke dalam peratusan, darab dengan 100. 

     --->Oleh itu, 0.3 = 0.3 × 100 = 30% 

TIMBANGAN BERAT


Murid-murid boleh mengukur berat dengan menggunakan alat penimbang.
Contoh alat penimbang adalah seperti 
Murid-murid perlulah membaca setiap bacaan dengan tepat dan betul pada penimbang tersebut untuk mendapatkan bacaan berat yang tepat dan betul. Mata kita perlulah setentang dengan jarum pada senggatan untuk mengelakkan berlakunya ralat. 

Unit yang digunakan dalam timbangan berat ini ialah Gram (g) dan Kilogram (kg). 

Hubungan antara Gram (g) dan Kilogram (kg) ialah 1 kg = 1 000 g.

Unit ini boleh ditukar dengan 2 cara iaitu :
a) Tanpa perpuluhan 
    Contoh :  2 kg = 2 000 g
                   7 000 g = 7 kg
                   1 kg 900 g = 1 900 g
                   3 678 g = 3 kg 678 g

b) Perpuluhan 
    Contoh : 0.4 kg = 400 g
                  1.286 kg = 1 286 g
                  3 500 g = 3.5 kg
                  4 760 g = 4.76 kg

Kemudian, timbangan berat yang melibatkan operasi :
a) Penambahan    
b) Penolakan
c) Pendaraban
d) Pembahagian 

BENTANGAN BENTUK 3D











CIRI-CIRI BONGKAH

MENARIKNYA MATEMATIK


“Ala, susahnya soalan Matematik ni.”
“Tak pahamlah Math ni, semua nombor je.”
Pernah tak anda mengeluh bila terasa susah untuk selesaikan satu-satu soalan Matematik di sekolah? Pernah tak anda bersumpah dengan diri sendiri tidak akan mengambil jurusan yang ada kaitan dengan Matematik di IPT nanti, contohnya jurusan kejuruteraan? Pernahkah anda?
Tidak semua dilahirkan mahir Matematik seperti Adi Putra. Masing-masing mempunyai kelebihan dalam bidang tersendiri. Tapi jangan jadikan itu sebagai sempadan untuk anda menguasai ilmu Matematik. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Jika anda fikir anda lemah, maka lemahlah anda selama-lamanya. Ingat tu!
Mungkin disebabkan anda merasakan yang Matematik itu satu subjek yang susah, maka anda tak dapat nak memahirkan diri dalam ilmu kira-kira tersebut. Sebenarnya anda menyusahkan diri sendiri. Apa kata kita tukar pemikiran negatif tersebut kepada pemikiran yang lebih positif? Kita mulakan dengan menanam minat terhadap Matematik. Ianya amat menarik. Cuba lihat kira-kira di bawah:
1 × 8 + 1 = 9
12 × 8 + 2 = 98
123 × 8 + 3 = 987
1234 × 8 + 4 = 9876
12345 × 8 + 5 = 98765
123456 × 8 + 6 = 987654
1234567 × 8 + 7 = 9876543
12345678 × 8 + 8 = 98765432
123456789 × 8 + 9 = 987654321
1 × 9 + 2 = 11
12 × 9 + 3 = 111
123 × 9 + 4 = 1111
1234 × 9 + 5 = 11111
12345 × 9 + 6 = 111111
123456 × 9 + 7 = 1111111
1234567 × 9 + 8 = 11111111
12345678 × 9 + 9 = 111111111
123456789 × 9 +10= 1111111111
9 × 9 + 7 = 88
98 × 9 + 6 = 888
987 × 9 + 5 = 8888
9876 × 9 + 4 = 88888
98765 × 9 + 3 = 888888
987654 × 9 + 2 = 8888888
9876543 × 9 + 1 = 88888888
98765432 × 9 + 0 = 888888888
Menarik bukan? Cuba lihat simetri di bawah pula.
1 × 1 = 1
11 × 11 = 121
111 × 111 = 12321
1111 × 1111 = 1234321
11111 × 11111 = 123454321
111111 × 111111 = 12345654321
1111111 × 1111111 = 1234567654321
11111111 × 11111111 = 123456787654321
111111111 × 111111111=123456789 87654321
Anda boleh cuba reka formula anda sendiri. Siapa tahu, anda boleh jadi seperti Adi Putra ;)
Harus diingat, dunia ini sebenarnya Matematik. Tak percaya? Fikirkan beberapa perkara berikut:
1. Anda ke kedai untuk beli Twisties.
2. Anda menunggu pukul 9:30 malam untuk menonton konsert Gengstarz.
3. Anda mengagak jarak dari rumah anda ke suatu tempat.
4. Masa untuk anda tidur dan bangun pagi serta ke sekolah dan balik sekolah.
5. Berapa pantas masa diambil untuk siapkan kerja rumah yang diberikan cikgu?
6. Anda boleh tambah sendiri :D
Semua itu Matematik; duit, masa, jarak. Bahkan umur anda juga Matematik. Tiada sebab anda cari alasan untuk melarikan diri daripada Matematik. Berusahalah, anda mesti boleh!

Tuesday 11 December 2012

PENTAKSIRAN STANDARD DAN PRESTASI KSSR


Matlamat Kurikulum

Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

OBJEKTIF KURIKULUM

Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi matapelajaran Matematik membolehkan murid:

1.         Memahami dan mengaplikasikan konsep dan kemahiran Matematik dalam pelbagai konteks.
2.                Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik.
3.         Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea Matematik diantara bidang Matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.
4.                  Berkomunikasi menggunakan idea Matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul.
5.       Menggunakan pengetahuan dan kemahiran Matematik untuk diaplikasikan dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.
6.       Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara Matematik dalam kehidupan seharian.
7.   Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea Matematik dan perkaitannya.
8.                  Menghargai dan menghayati keindahan Matematik
9.      Menggunakan pelbagai peralatan Matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasikan Matematik









MEWUJUDKAN SUASANA SERONOK BELAJAR




Pembelajaran yang berkesan ialah pembelajaran yang menyeronokkan. Apabila keseronokan dirasai, segala keletihan, kerisauan atau kebosanan terhadap pelajaran dapat diatasi.Oleh itu setiap murid haruslah bersedia agar diri mereka berada dalam keadaan yang seronok terutamanya ketika belajar. Bagaimanakah caranya untuk mewujudkan keseronokan pada diri ketika belajar?
Kekemasan: Pakaian yang kemas, rambut yang terurus, susunan buku yang baikCaranya: Pastikan pakaian sekolah berada dalam keadaan bersih, kasut tidak kotor, rambut lelaki digunting dengan baik, rambut perempuan diurus dengan kemas serta bertudung, buku yang dibawa ke sekolah berada dalam keadaan yang baik tidak terkoyak dan mudah diambil apabila diperlukan.
Kesihatan: Diri yang sihat tanpa penyakit, keadaan bilik darjah yang bersih.Caranya: Pastikan murid membersih diri setiap hari. Pastikan kawasan bilik darjah dan sekolah bebas daripada wabak penyakit. Adakan senarai tugas untuk membersih kawasan bilik darjah masing-masing. Guna tandas dengan baik. Jangan makan makanan yang tercemar atau terdedah.
Tingkahlaku/budi bahasa: Cara berbual dengan guru dan rakan. Tidak melanggari peraturan sekolah. Tidak ponteng sekolah.Caranya: Perlu menghormati guru serta patuh segala arahan terutama apabila guru memberi tugasan kepada murid. Rakan juga harus dihormati. Jangan bergurau sehinggakan menyakiti hati rakan dan berakhir dengan perkelahian. Rajin ke sekolah, jangan terpengaruh dengan remaja luar yang ponteng sekolah.
Minda sihat: Mampu menggunakan fikiran ketika belajarCaranya: Sentiasa berfikir sewaktu belajar. Banyak berinteraksi dengan guru dan rakan. Banyak membuat latihan.
Jiwa tenang: Menumpukan sepenuh perhatian ketika belajarCaranya: Tidak menaruh rasa benci, marah, iri hati terhadap rakan atau guru. Sentiasa bersyukur di atas keselesaan yang dirasai. Sentiasa muhasabah diri untuk mengelak rasa bongkak dan sombong.
Cara-cara yang dinyatakan mampu menjadikan bilik darjah itu sebagai “rumah kedua” untuk murid-murid. Apabila diri dan bilik darjah dalam keadaan yang selesa maka pembelajaran dapat berlaku dengan baik. Tidak ada rasa bosan di jiwa kita malah ada pula murid yang suka datang ke sekolah untuk belajar walaupun pada waktu petang atau pada hari cuti hujung minggu.

Monday 10 December 2012

SEJARAH AWAL NOMBOR


Sistem Pernomboran Hindu-Arab yang digunakan hari ini dikembangkan sekitar tahun A.D.800. Nama ini diperolehi atas sumbangan dari  kedua dua orang Hindu dan Arab kepada sistem ini. Orang Hindu memperkembangkan abjad dan menggunakan huruf untuk mewakilkan digit dalam sistem pernomboran ini.Ciri penting dalam sistem ini ialah kita boleh menulis angka bagi sebarang nombor, samaada besar atau kecil,menggunakan hanya sepuluh simbol yang disebut digit,
                                                        0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9
Perkataan digit bermaksud “jari tangan” atau “jari kaki”. Disebabkan hanya sepuluh simbol asas yang digunakan,sistem Pernomboran Hindu-Arab dipanggil Sistem Pernomboran Perpuluhan.

Sunday 9 December 2012

KERTAS KERJA PROGRAM PENINGKATAN UPSR 2013


Nama Sekolah                : SK Parit Raja
Nama Panitia                 : Matematik
Nama Program               : Reinforcement Program (UPSR)
Matlamat                        : 1.Mendedahkan murid kepada bentuk soalan
                                       di dalam UPSR.
  2. Meningkatkan penguasaan murid dalam
      menjawab soalan-soalan dalam dwi bahasa. 
Objektif                          : 1. Meningkatkan peratus kelulusan murid dari
                                            segi kualiti dan kuantiti.
                                        2. Meningkatkan penguasaan murid dalam
                                            teknik-teknik menjawab soalan UPSR.
Sasaran                          : Murid-murid Tahun 6
Jangka masa                  : Sepanjang bulan Mac - April
Aktiviti                           : 1. Menjawab soalan-soalan di dalam buku
                                            “Reinforcement Programme Mathematics
                                             UPSR” yang telah diberikan.
 2. Guru mata Pelajaran semak pencapaian    murid dan lengkapkan senarai semak.
Sumber Tenaga              : Semua guru Matematik dan guru-guru terpilih.
Sumber Kewangan        : Peruntukan Panitia
Kos Anggaran                : RM50.00
Strategi Pelaksanaan     : 1. Mesyuarat Jawatankuasa
                                        2. Merancang Aktiviti
                                        3. Menyusun program
                                        4. Melaksanakan program
                                        5. Penilaian
Kawalan                         : Semua guru Matematik
Penyeliaan                     : Jawatankuasa Panitia Matematik
Instrumen Penilaian      : 1. Menyemak buku program
                                        2. Keputusan Peperiksaan

KERTAS KERJA PROGRAM BIJAK SIFIR


Nama Sekolah                : SK Parit Raja
Nama Panitia                 : Matematik
Nama Program               : Bijak Sifir
Matlamat                        : Membolehkan murid menguasai sifir 2 hingga
                                         9 dengan baik dan berkesan.
Objektif                          : 1. Menguasai kemahiran membaca sifir
                                        2. Menguasai sifir 2 hingga 9 melalui proses
                                            Congak.
Sasaran                          : Murid tahun 2 hingga 6
Jangka masa                  : Sepanjang bulan Februari
Aktiviti                           : 1. Murid baca dan hafalkan sifir 2 hingga 9,     bertemu guru-guru yang tersenarai dalam kad sifir untuk pengesahan.
 2. Guru mata Pelajaran semak pencapaian    murid dan lengkapkan senarai semak.
Sumber Tenaga              : Semua guru Matematik dan guru-guru terpilih.
Sumber Kewangan        : Peruntukan Panitia
Kos Anggaran                : RM30.00
Strategi Pelaksanaan     : 1. Mesyuarat Jawatankuasa
                                        2. Merancang Aktiviti
                                        3. Menyusun program
                                        4. Melaksanakan program
                                        5. Penilaian
Kawalan                         : Semua guru Matematik
Penyeliaan                     : Jawatankuasa Panitia Matematik
Instrumen Penilaian      : Hadiah bagi yang dapat
                                      menyempurnakan kad paling cepat dengan
                                      penilaian tertinggi – 3 hadiah)

NAK TAU?


Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri.
Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak ‘akademik’ seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisis dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Image
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana? Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk mengkhayalkan pelajaran atau adakah ia selalu digunakan untuk mengkhayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segera gunakan setiap saat yang ada untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlukan penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasana berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap dan keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, rajah, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan, tulis atau lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan jari telunjuk anda. Amalkan ini setiap malam. Soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6.
Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sihat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang. SELAMAT MENCUBA