Wednesday 28 November 2012

SEJARAH SEKOLAH

Semangat untuk mempunyai satu institusi pelajaran di peringkat rendah sudah bermula sejak sebelum merdeka di Parit Raja. Lebih-lebih lagi beberapa buah sekolah melayu telah di dirikan di kawasan terpencil seperti di Tanjung Semberong, Seri Manggis, Sabak Uni dan beberapa sekolah lain yang di bina untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat menimba ilmu pengetahuan.
Beberapa pemimpin setempat telah berusaha sejak awal 1950an untuk membinanya dengan mencari lokasi yang sesuai tetapi akhirnya masih gagal. Beberapa tokoh seperti Allahyarham Pak Joko telah mengambil peranan dan di sambung perjuangan tersebut melalui Datok Mustafa Muhamad, Datuk Hj Muhamad Bin Hj Aziz dan yang lain-lain.
Usaha mencari tapak tanah yang sesuai mengambil masa yang agak lama dan akhirnya sebidang tanah pertanian dengan tanaman kelapa sawit dengan keluasan lebih kurang 10 ekar milik seorang cina telah diambil oleh kerajaan untuk tujuan tersebut dan ia juga mengambil masa yang agak lama. Lokasi ini terletak di Jalan Pasar menuju ke Parit Raja Darat dengan jarak lebih kurang 2 Km. Akhirnya pada tahun 2003 kerja-kerja pembinaan dimulakan melalui Project Management Consultant (PMC) dan Amaturen Construction Sdn Bhd sebagai kontraktor utama dengan dengan diawasi oleh KPM,JPN dan PPD. Selepas dua tahun kerja-kerja dilaksanakan dengan kos RM14 juta maka secara rasminya operasi sekolah dilancarkan pada 2 Januari 2005 oleh Yang Berusaha Tn Hj Sufaat Bin Tumin (KS Akademik) JPNJ mewakili tuan pengarah di majlis gilang gemilang di dewan Seri Permata SK Parit Raja